Kengkawan-kengkawan

Selasa, 14 Disember 2010

Setem kenangan baharu Upin & Ipin

Assalamualaikum wbt...hari ni nak N3 pasal setem pulak la. Kelmarin terbaca dalam suratkhabar, iaitu satu artikel mengenai minggu setem 2010 yang akan diadakan di Berjaya Times Square, Bukit Bintang. Minggu setem bermula Isnin 13hb-Ahad 19hb. Dis. 2010. Sempena minggu setem itu juga dilancarkan setem kenangan baharu berserta sampul surat hari pertama, bergambarkan watak kartun popular seMalaysia, apa lagi kalau bukan watak Upin & Ipin. Ia adalah kerjasama Pos Malaysia dan Les' Copaque. Setem yang dikeluarkan adalah tentang permainan traditional dimasa lapang bersama Upin & Ipin.
Setem dan sampul surat hari pertama
bersertakan copnya sekali.
Lukisan yang dipaparkan diatas setem begitu cantik dan menarik dipandang dan juga berkualiti. Ia tidak menggunakan gam seperti setem setem yang biasa dipakai tetapi menggunakan stiker. Saya rasa inilah yang pertama digunakan di Malaysia ni. Butiran teknikalnya adalah :
Denominasi : 60sen (setenant) x 3 rekabentuk.
Denominasi lembaran mini : rm5.
Denominasi poskad : 80sen x 6 rekabentuk (1 set).
Kertas : self-adhesive security stamp paper with flourescent.
Pereka bentuk : LC Merchandising & Les Copaque Production.
Sampul surat hari pertama : 30sen satu.

Lembaran mini yang begitu menawan

Lembaran mini menunjukkan Kak Ros sedang bermain bayang bayang


Ini adalah risalah yang disertakan sekali dengan sampul surat hari pertama. Didalam risalah ini diterangkan serba sedikit tentang permainan traditional yang dicetakakn diatas setem. Permainan itu adalah batu seremban, congkak, galah panjang, konda kondi, perang perang dan telefon tin. Ini semua adalah permainan kanak kanak dulu dulu. Budak sekarang mana tau main lagi permainan ini. Eloklah benar pihak Pos Malaysia dan Les' Copaque mengetengahkan tema ini. Pihak pihak yang bersangkutan dengan pelancungan juga wajib mengambil inisiatif untuk mempopularkan kembali permainan ini dalam masyarakat Malaysia semula sebelum pupus begitu sahaja.

Dibawah adalah 6 keping poskad (1 set) permainan tradional itu.

Permainan congkak

Permainan batu seremban

Permainan talipon tin

Permainan galah panjang


Permainan perang perang

Permainan konda kondi

Demikianlah serba sedikit tentang setem kenangan baharu yang dikeluarkan sempena minggu setem 2010. Kepada sahabat sahabat yang berminat dalam koleksi setem ini, masih sempat lagi untuk mendapatkannya di Berjaya Times Square, Bukit Bintang.







































































































































































Sabtu, 4 September 2010

Jam dinding lama


Jam dinding lama adalah salah satu dari koleksi barang lama yang saya ada. Jam ni agak agak keluaran tahun 50an kot. Jam ini berjenama 3 5(5 ada 3) buatan China. Untuk menghidupkannya ia perlu dikunci dan ia akan hidup lebih kurang 15 hari. Jam dinding ini amat bernilai pada masa sekarang ni. Susah nak dapat lagi la ni. Harganya pun boleh tahan sekarang ni.

Sabtu, 24 Julai 2010

Bedak kotak nyonya


Ada sapa sapa pernah nampak benda ini? Ini adalah bedak muka nyonya (orang cakaplah). Mungkin ada gambar pompuan kat kotak dia kot. Dulu dulu orang pompuan suka sangat ngan bedak ni. Emak saya dulu pun pakai bedak nyonya ni. Bagus bedak ni. Harga budget...kualiti bagus...tak ada kesan sampingan. La ni bedak semua pakai cop orang putih punya...baru klass...harga...peh..boleh tahan.

Sikat kutu lama

Sikat kutu lama ini diperbuat daripada kayu. Sikat kutu yang ada sekarang diperbuat daripada buluh dan buatan China. Sikat ini buatan tempatan dan amat sukar nak didapati dipasaran la ni.

Selasa, 20 Julai 2010

Tabung duit NATIONAL

Ini tabung bateri NATIONAL lama ni. Dah susah nak dapat dipasaran dah ni. Tabung ni dikeluarkan untuk kenang kenangan kot. Saya pun tak tahu tahun dikeluarkan...agak agak saya tahun '60an kot.

Jumaat, 16 Julai 2010

Piring rokok Torchlight

Ni yang paling aku sayang ni. Rokok brand Torchlight rokok lama ni, tahun '50an rasa aku. Piring ni amat susah nak didapati lagi dipasaran sekarang. Kira rare le. Kalu ada pun regenya mesti mahai punya. Kuching aku sibuk nak interprem sekali. Pantang aku shoot dia mesti kacau punya. Suka barang lama gak kot.

Ashtray Good Year lama

Ini lagi satu koleksi ashtray aku. Ini plak ashtray Good Year tayar. Rasa rasa aku ashtray ni ada tayar di bawah dia. Masa dulu dulu aku rasa pernah nampak ashtray ni kat kedai tayar. Ada kawan kawan yang ada koleksi ni boleh komen kot.

Ashtray F&N lama

Ni spesel punya koleksi...ashtray dari F&N. Rare ni, susah mau dapat dan manyak lama punya barang ni. Ada tercatat "Aerated Waters And Cordials". Ada nampak retak retak seribu kat badan dia tapi bukan nak pecah.

Khamis, 15 Julai 2010

Ashtray Salem lama


Ini plak koleksi ashtray Salem. Ada 2 ketoi tapi berlainan saiz dan design. La ni tak tau la ada lagi dikeluarkan atau tidak. Rasa rasa kat kelab kelab ada lagi digunakan kot.

Piring rokok Player's Navy cut

Ini plak bekas letak rokok lama jenama PLAYER'S NAVY CUT. Ni lama betul keluarannya. Selalunya dahulu digunakan di kedai kopitiam untuk isi rokok atau kotak rokok yang diorder. Dulu rokok boleh order sebatang 2. Kondisennya kureng sikit, tapi tak pa...janji gambar dia ada sikit2, dapat tengok tu dan la ni susah mau dapat beb.

Koleksi ashtray MILD SEVEN lama

Ashtray MILD SEVEN ni adalah salah satu koleksi ashtray yang aku ada. Lama keluarannya, la ni tak tau la masih dikeluarkan dipasaran atau tak.

Sabtu, 10 Julai 2010

Koleksi reket badminton lama




Ini lagi koleksi reket saya lagi. Reket ini memang lama jenama Gold Cup buatan China. Reket ni keseluruhannya diperbuat dari kayu ataupun buluh. Pemegang frame reket digunakan supaya framenya tak meleding.


Koleksi reket badminton lama


Koleksi reket badminton lama era '60an ni amat susah lagi didapati dipasaran. Reket ini berjenama YONEX, sekarang ni jadi YY YONEX. Framenya diperbuat dari kayu. Oleh kerana itulah pemegang frame reket diletakkan supaya framenya tidak meleding atau melengkung. Pemegangnya dibalut dengan pembalut kulit.

Koleksi kotak macis lama


Ini adalah koleksi spesel aku, kotak guruih api. Dah lama dah aku kolek guruih api. Adala lebih kurang 200 bijik semuanya kot. Guruih ni banyak stok lama punya. Yang baru pun ada jugak sikit sikit. cuba hampa tengok tu, ada macam macam jenih cap...ada cap MAS, Genting Highland, hotel hotel seperti Hotel Regent, Hotel Rasa Sayang, Hotel Malaysia dan banyak hotel lagi dan lain lain cap lagi.

Nota: guruih (macis)
hampa (kau orang)

Jumaat, 2 Julai 2010

Koleksi mesin basuh lama

Pandangan sisi

Pandangan depan

Inilah mesin basuh era '60an. Sapa sapa ada pernah tengok ka benda ini? Rasa rasa saya tak pernah kot, tapi kalau pure budak kampung ada jugak yang pernah tengok kot. Dulu dulu bila nak basuh baju, mak mak akan bawak benda ni pi basuh pakaian kat perigi atau tepi sungai. Cara pakainya kain digosok atas bawah guna sabun cap kapak. Contoh sabun tak dak pulak dalam simpanan, nanti kalu jumpak saya masukkan. Peh...nostalgia betoi. Basuh ramai ramai sambil chat..chat..sikit, cerita apa apa yang terjadi seluruh kampung. Cerita sianu ni, sianu tu, depa ni, depa tu dan apa apa saja la. Best woo...Memang payah nak jumpak lagi benda ni. Orang cakap banyak "rare" wooo....

Ni memang barang lama ni, tengok dia punya kondisen, dah huih(haus), maknanya tuan punya mesin basuh ni selalu pakai ni. Mesin basuh ni buat koleksi sendiri aja, tapi sapa sapa yang berhajat teramat sangat, terpaksalah saya fikir fikirkan. Tak elok hampakan harapan orang.



Jumaat, 25 Jun 2010

Koleksi pinggan FnN

Pandangan hadapan pinggan
Pinggan F&N ini adalah antara koleksi pinggan mangkuk lama yang aku ada. Pinggan ni memang keluaran lama, agak agak aku la mungkin tawun '60an kot. Agak agak aja, mungkin lama lagi kot. Saiz ukuran dia 12 1/2", besaq gak saiz ni dan agak berat gak. Dulu keluaran kenang kenangan kot. F&N ni banyak betoi keluaran dia untuk kenang kenangan, al maklumlah produk popular dulu. Kalau orang dulu dulu memang sinonin ngan F&N ni.
Pandangan belakang pinggan
Pinggan ni dah ada retak sedikit retak seribu. Tapi bukan bermakna retak menanti pecah, tapi menandakan pinggan ni dah lama dah. Dah lama gak ada dalam simpanan aku, lebih kurang 4-5 tawun kot. Tak perenah lagi aku nampak pinggan ni kat mana mana, kat Amcorp pun aku tak perenah kelih, tak tau la kawan kawan ada perenah kelih kot.
Zoom cop dia
Sudi sudi kawan kawan tengok untuk tatapan kita bersama. Tak rugikan kita kongsi koleksi kita sama samakan.

Rabu, 23 Jun 2010

Koleksi teko HACKS



Ini teko istimewa aku......teko cap HACKS. Ini rare punya collection woo....susah mau dapat woo. Teko ni dibuat oleh Goh Ban Huat (GBH). Dulu GBH buat ceramic pinggan mangkuk, sekarang GBH buat ceramic gak tapi ceramic peralatan tandas. Masa aku dapat dulu rega dia boleh tahan gak, apek cakap banyak lama punya barang wooo....Tengok pun bekenan amik gak le walau mahai sikit. Kat badan dia ada retak seribu. Dia punya tulisan kat badan yang kelakar tu "HACKS UNTOK RENGKONG DAN PARU PARU". Dia tulis rengkong bukan kerongkong.
TEKO INI TELAH DIPINANG OLEH ORANG, MAKA BERPISAHLAH DIA DARI SAYA KE TUAN YANG BARU. SEDIH GAK RASANYA.





Jumaat, 28 Mei 2010

Botol dan gelas F n N lama.


Botol F n N lama ni adalah salah satu koleksi botol yang saya ada. Sebelah kiri tu lagi lama dari yang sebelah kanan. Botol ni ada banyak gak dalam simpanan saya, kalau teramat berhajat, boleh saya pertimbangkan. Gelas gelas cop F n N tu dah lama dalam koleksi saya.Ada gak 4-5 ketoi dalam simpanan.....inipun kalu berhajat bisa diaturkan.

Khamis, 27 Mei 2010

Botol dan gelas KICKAPOO lama


Botol botol KICKAPOO lama ni aku dapat kat pasar karat, pusing pusing ternampak sorang apek jual botol ni..apa lagi aku beli la, harga ok plak....dalam koleksi aku belum ada..cantekkk la...Yang best tu air kat dalam botol tu masih ada lagi. Ini keluaran lama ni. Gelas KICKAPOO tu ada 3-4 ketoi, kalu kengkawan berkenan....hantaq saja lamaran, hantaran boleh ejes apa.

Selasa, 4 Mei 2010

Lesen radio tv lama.


Inilah lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan dulu untuk tv dan radio, ada sesiapa yang pernah melihatnya lagi sekarang, dah jadi barang koleksi dah. Susah nak dapat dah lesen ni, ramai yang dah buang dan tak simpan benda ni....buah sampah katanya...Ada 4 keping dalam simpanan ku....ada sapa sapa nak gendeng bolehlah.