Kengkawan-kengkawan

Koleksi duit yang tak seberapa



Duit syiling Kerajaan Kelantan diperbuat daripada timah hitam. Syiling ni lembut boleh di bengkokkan. Ia keluaran tahun 1321 hijrah bersamaan tahun 1904 masihi (keluaran aku agak2 aje) kalau salah informkan ye.

Syiling 50 cents tahun 1920 ini digunakan semasa pemerintahan British di Straits Settlements (Negeri Negeri Selat). Syiling 50 cent ini semakin meningkat regenya sekarang, kerana semakin kurang dipasaran.

Ini syiling British Trade Dollar bercetak 1 dollar dan tahun keluarannya adalah 1899B. B tu bermaksud Bombay (tempat keluarannya). Syiling ini banyak cetakannya dan tahun keluarannya pun macam macam tahun. Syiling ini sekarang telah melambung regenya kat pasaran, mungkin kerana telah semakin kurang didapati dipasaran kot.
Duit kertas zaman pemerintahn Jepun di Malaya. Duit ni nilai mukanya 1000 dollars. Muka depan gambar orang menaiki kereta lembu dan belakang gambar orang dan kerbau 2 ekor. Masa dulu duit Jepun ni tak ada rege sangat pun, sekarang ni duit 1000 dollars ni semakin tinggi nilainya dipasaran.

Ini duit zaman perintah Jepun. Nilai muka ialah 1, 5 & 10 dollar. Duit Jepun ni banyak lagi boleh didapati dipasaran tapi duit ni spesil sebab...dia bernombor siri. Yang biasa tu tak bernombor siri. Rege duit duit ni boleh tahan gak. Duit 1 dollar yang bernombor siri amat amat susah nak didapati dipasaran la ni. Kondisen duit ni tak penting janji ada, sebab susah mau dapat.

Ini pulak duit Jepun nilai muka 100 dollars. Rege duit ni kat pasaran tinggi sikit. Duit 100 dollars ada satu lagi design, tapi yang itu rege biasanya, tak mahai sebab boleh dapat banyak lagi kat pasaran. Yang diatas ni tak banyak dipasaran, tu yang regenya mahai tu.

Ini pulak adalah kupon getah. Kupon ni sekarang fulamak amat amat rare loo...rege boleh tahan. Dulu masa perintah British bila rakyat jual getah dibayar pakai kupon ni la. Selepas tu kupon ni boleh digunakan untuk membeli barang barang keperluan dikedai. Nilai muka kupon ni adalah 1 pikul. Ini adalah nilai tertinggi pada siri keluaran kupon kupon ini. Kupon ni bersamaan nilai matawang waktu itu. Tarikh yang tercatit di kupon itu adalah 31 Disember 1941, fuyoo..dah 69 tahun woo...lama tu. Kupon ni gunakan di negeri Sarawak. Negeri negeri lain pun ada kupon sendiri.

                   
Ini pulak duit yang digunakan di Straits Settlements (Negeri Negeri Selat). Nilai muka adalah 10 cents. Tahun keluaran adalah 14 oktober 1919. Dah 91 tahun dah usia duit ni. Nilai duit ni agak tinggi jugak kat pasaran. Ada satu lagi yang bersain Acting Tresurrer, amat mahai regenya la ni. Amat amat susah nak didapati dipasaran lagi ni.