Kengkawan-kengkawan

Koleksi gelas lama












Koleksi gelas KICKAPOO
Gelaih gelaih KICKAPOO ini adalah sebahagian daripada koleksi gelaih yang aku ada. Ada 2-3 dalam simpanan aku. Amat susah dah untuk didapati lagi gelaih gelaih KICKAPOO ini dipasaran, sayang gak aku nak melet gonya. Tapi kalu ada jugak yang merayu rayu nak menambah koleksi hangpa yang sedia ada, terpaksalah dipikiaqkan. Tak elok gak menghampakan harapan orang ni. Masa dapat gelaih gelaih ni harga boleh tahan gak, kata yang empunya penjual susah mau dapat wooo...ini barang antik woo...katanya. Mau tak mau sebab ayaq liur dah meleleh amik jugak le. Berbaloi jugak rasanya. Banyak sikit koleksi aku ni.

Koleksi gelas PEPSI
Ini lagi sebahagian koleksi gelaih lama aku...gelaih PEPSI. Ada banyak lagi dalam simpanan aku. Lama keluarannya agak agak aku tahun '70an dulu kot, rasa rasa atau mungkin lama lagi kot....tapi gelaih lama ni. Yang kiri tu ada retak sikit, tah macam mana tak tau..ubah punya ubah, tengok tengok terlanggaq kot, retak...ala rugi betoi la...sayang beb....susah mau dapat.
Koleksi gelas Mirinda
Gelaih Mirinda ni rasa aku ada 2-3 biji dalam simpanan aku, tak banyak dijumpai lagi la ni. Kat Amcorp Mall pun aku tengok kureng...lataq belakang Mirinda tu warna hijau. Sayang jugak kalu nak let go....simpan dulu la...kalu dapat lebee lagi aku let go la.

                                                Koleksi gelas F&N
Gelaih gelaih ber chop F&N ni, ada la sebijik dua dalam simpanan aku. Berbagai bentuk, design dan saiz. Best gak tengok pelbagai design ni, baru menarik. Almaklumlah dulu dulu ni F&N memang popular kat Malaysia ni. Apa nak heran kalu pelbagai keluarannya.

Koleksi gelas Coke
Ini lagi koleksi gelaih yang aku ada....gelaih Coke. Gelaih Coke ini adalah plastik aje. Dah lama dah dalam simpanan aku ni. Aku rasa boleh dapat lagi kot kat Amcorp Mall atau mana mana flea market gelas ini, itupun mungkin reganya mungkin mahai sikit kot. Al-maklumlah koleksi Coca Cola....ramai pengkoleknya.
Ni lagi koleksi gelaih Coca-Cola yang aku ada. Yang sebelah kanan tu plastik dan yang kiri plak kaca. Yang kiri tu design dia cantik..ala batik batik sikit. Susah mau dapat design yang satu ni. Dia ada jugak plastik design cam ni. Yang kanan tu pun susah jugak mau dapat. Kedua dua design ni memang lama punya keluaran.

Koleksi gelas Pepsi-Cola
Ni gelaih Pepsi-Cola yang menjadi sebahagian dari koleksi gelaih yang aku ada. Gelaih Pepsi-Cola ni susah mau dapat lagi ni. Kira rare le gelaih ni....Aku pun ada 2 ketoi aja dalam stok aku. Teringin gak nak tambah kalu ada jumpak. Buat masa ni tak jumpak plak...kalu jumpak pasti aku angkut punya..itupun munasabah dengan rega le...

Koleksi gelas RED LION
Gelaih RED LION ini susah mau dapat lagi sekalang ni woo.. manyak rare loo... RED LION ni adalah salah satu produk minuman keluaran F&N. Banyak produk keluaran F&N ni. Rasa bertuah gak dapat kolek salah satu produk yang rare ni.

Koleksi gelas Green Spot
Gelaih Geen Spot ni lama keluarannya. Dah tak ada lagi kat pasaran la ni. Green Spot ni adalah keluaran Amoy Canning. Setahu saya Amoy Canning masa zaman dulu kilangnya kat Jalan Kelang Lama, K L. Sekarang ni tak tau dah kat mana kilangnya.

Koleksi gelas A&W
Ni gelaih kenang kenangan dari restoran A&W. Lama betoi keluarannya ni...keluaran first first restoran ni buka dulu...agak agak saya tawun '80an dulu kot. Restoran pertama di Chow Kit. Kat muka depan ada tercatat "A&W family restaurant" dan kat belakang ada gambaq yogi bear pegang reket badminton. minat jugak si bear ni main badminton.
  Koleksi gelas Magnolia
                            
Gelaih ni keluaran Magnolia...dah tak ada lagi kat pasaran keluaran Magnolia ni. Tak tau la tukaq nama atau dah bangkrap..tak tau la nasibnya. Yang ni keluaran produk Magnolia oren. Gelas kiri warna biru muda dan sebelah kanannya pula warna biru gelap. Aku rasa ada lagi gelaih keluaran Magnolia yang dikeluarkan..kalu jumpa sah aku rembat punya.

Koleksi gelas Yeo Hiap Seng
                                          
Hanya sebijik aja koleksi gelaih Yeo Hiap Seng yang aku ada. Aku rasa ada banyak jenih lagi kot designnya yang dikeluaqkan. Mungkin kawan kawan diluaq sana ada banyak dalam simpanan depa kot. Tapi tak pa la, ada gak satu buat benih kata orang.

Koleksi gelas MILO
Ini adalah sebahagian dari koleksi gelaih yang aku ada, gelaih MILO. Gelaih MILO ni dikeluarkan untuk menyokong atlet Malaysia ke Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles. Tengok ada kata kata yang tertera dibadan gelaih tu " MENGHAYATI SEMANGAT KESUKANAN OLIMPIK LA 1984". Dah 26 tahun umur gelaih ni. Saya ada 2 ketoi aja gelaih ni. Gelaih ni susah nak didapati lagi sekarang ni. Cantik patern gelaih ni, best jugak aku menjadi salah seorang yang ada gelaih ni. Biaq la orang kata gelaih yang apa apa ni, janji aku minat dan nampak cun, peduli apa orang nak kata.

Ini koleksi gelaih MILO lagi. Gelaih ini dikeluaqkan sebagai minuman rasmi atlet Malaysia ke Sukan SEA ke 12 di Singapura pada tahun 1983. Dah 27 tahun berlalu sukan tu diadakan. Lama tu. Dah jadi barang retro ni. Cantik design gelaih ni, tu yang bekenan sangat untuk buat koleksi. Kawan kawan mungkin ada kot koleksi gelaih MILO ni atau MILO yang lain.


Koleksi gelas Dutch Lady
Ini pulak gelaih keluaran Dutch Lady. Gelaih ni adalah sebagai hadiah kerana beli susu perisa ros kot. Agak aku aja la ataupun ada kawan kawan yang tau.

Koleksi gelas MAS
Ini pulak gelaih dari syarikat penerbangan negara kita iaitu MAS. Saya rasa banyak jugak gelaih keluaran MAS ini tapi ini saja gelaih keluaran MAS yang saya ada. Kira ok jugak tu walaupun satu.

Koleksi gelas pelbagai
Bekas/gelas isi daun teh
Ini yang sebenaqnya bukan gelaih kot tapi bentuk dia macam gelaih. Ia sebenaqnya bekaih isi daun teh. Bekaih teh ini cap "Unicorn Brand". Itupun apa yang tertulih kat badan dia. Kompeni apa tak tau pulak. Gelas atau bekaih teh ni memang keluaran lama punya ni, dah tak jumpak lagi dah la ni.

Bekas/gelas isi serbuk almond
Ini pulak bekaih atau gelaih isi serbuk almond. Ini memang gelaih lama ni. La ni mana keluaq lagi gelaih ni. Walaupun gelaih ni biasa biasa saja tapi bagi saya ia spesil.


Gelas MOPIKO
Ini pulak gelaih MOPIKO. Dulu sapa sapa beli ubat sapu untuk gigitan serangga ini dapatlah satu gelaih cap MOPIKO ni. Ok jugak gelaih ni walaupun sempoi aja. Kira spesil gelaih ni sebab la ni mana nak dapat lagi. Kira rare la tu kot.


Gelas TOSHIBA
Ini pulak gelaih hadiah untuk sapa sapa beli barangan TOSHIBA. Setahu saya gelaih ni ada 6 bijik (1 set) untuk satu hadiah. Ada tulih " ICE COFFEE" kat badan dia. Saya ada sebijik aja. Kira ok gak tu untuk koleksi.

Gelas Globe Silk Store
Gelaih kenangan Globe Silk Store lama ini susah nak didapati lagi dipasaran. Globe Silk Store begitu sinonim dengan warga Lembah Kelang sebab disitulah tempat depa shopping untuk Hari Raya. Begitu nostalgia betul. La ni rasa rasa sayalah Globe Silk Store dah ditutup. Inilah yang saya dapat untuk kenangan.