Kengkawan-kengkawan

Khamis, 10 Mac 2011

100 tahun Coke

Assalamualaikum wbt...N3 kali ni saja nak kongsi sikit tentang Coca Cola atau Coke. Saya baru dapat tin Coke warna keemasan ni, tapi kondisi kutang memuaskan. Kira ok la tu. Saya rasa tin ni rare jugak kot..rasa saya la. Bukan apa tin ni dikeluarkan sempena 100 tahun Coke.



Dah 100 tahun Coke ni. Tercatat Perayaan Ulang Tahun ke 100 Coca Cola 1886-1986. Saya rasa kenkawan yang hardcore Coke ni musti ada tin Coke ni. Kalau tin dalam kondisi ok alangkah bestnya, tapi tak apa la, dapat tengok gambarnya kira ok la tu.

Ok la buat kali ni...semua kenkawan coke tak marah N3 yang tak seberapa ni...

Rabu, 9 Mac 2011

Koleksi barangan tembaga

Assalamualaikum wbt...N3 kali saja nak upload barang barang tembaga. Ala kengkawan lain pun ada koleksi tembaga lagi berlambak apa. Walau apapun kita layanz la jugak serba sikit koleksi saya ni. Saya ni ada la serba sikit koleksi tembaga ni. Tak dak la banyak mana sangat pun, cukup la bak orang kata buat pengeraih, daripada tak dak sikit pun jadi la. Ada la bekas kaki lilin sikit, bekas celak sikit dan ada la bekas air renjis air mawar sikit.

Saya suka kolek barang barang tembaga ni tapi satu aja yang masalahnya...malaih nak polish. Tapi saya tak suka polish saya suka biar dalam keadaan asal, baru nampak lama dan antik.


Ok la buat kali ini. Selamat layan walau tak best...

Rabu, 2 Mac 2011

Kenangan kamping kat Sungai Congkak

Assalamualaikum wbt dan selamat berbahagia kenkawan semua. N3 kali nak lari sikit la dari barang barang lama ni. Nak tenangkan fikiran sikit, almaklum la hidup kat Key Ell ni..otak serabut. Tu la nak ambil kesempatan masa cuti hujung minggu untuk berkamping dan beriadah bersama keluarga dan nak tenangkan kepala otak yang berserabut ni sikit.
Kami sekeluarga sepakat nak kamping kat Sungai Congkak kat Hulu Langat tu. Ala tempat orang selalu pi piknik di hujung minggu tu. Best tau kat sana. Kamping lagi best, ada kenkawan yang pernah pi kamping kat sana...?
Kalu nak kamping kat sana kena register dulu dan bayar sewa tapak, satu tapak rm10(khemah sendiri) kalau sewa khemah rm15.
Kat sini chalet pun ada, tapi kami sekeluarga suka berkamping. Lagi trill rasa.

Ni la tapak khemah kami, ok la tu. Tapak khemah macam platform, ketinggian lebih kurang sekaki supaya kalau hujan air tak masuk kedalam khemah.
Ini wajah happy anak anak sewaktu bangun pagi. Sat lagi boleh bekubang kat dalam sungai ler...

Ha...time bekubang..apa lagi sampai kecut le baru nak naik tu..

Ni orang rumah senang menyediakan makanan untuk dinyam nyam la..apa lagi..

Orang rumah sedang bertungkus lumus tu masak..sat lagi boleh makan le selepas mandi..sejuk sejuk ni perut rasa lapar..sedap makan...Kamping ni lauk ala kadar pun sedap makan..
Kamping kat Sungai Congkak ni tak perlu risau tempat selamat, tiap tiap hujung minggu pasti ada saja orang berkamping. Kalau dapat berkamping ngan geng barang barang lama dan geng PML best ni. Pasti meriah.
Ok la buat kali ni, mesti kenkawan boring apa N3 kali ni...walau apa pun kita kongsi bersama..OKKKK...
Wassalam