Kengkawan-kengkawan

Memaparkan catatan dengan label Koleksi ashtray lama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koleksi ashtray lama. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Julai 2010

Piring rokok Torchlight

Ni yang paling aku sayang ni. Rokok brand Torchlight rokok lama ni, tahun '50an rasa aku. Piring ni amat susah nak didapati lagi dipasaran sekarang. Kira rare le. Kalu ada pun regenya mesti mahai punya. Kuching aku sibuk nak interprem sekali. Pantang aku shoot dia mesti kacau punya. Suka barang lama gak kot.

Ashtray Good Year lama

Ini lagi satu koleksi ashtray aku. Ini plak ashtray Good Year tayar. Rasa rasa aku ashtray ni ada tayar di bawah dia. Masa dulu dulu aku rasa pernah nampak ashtray ni kat kedai tayar. Ada kawan kawan yang ada koleksi ni boleh komen kot.

Ashtray F&N lama

Ni spesel punya koleksi...ashtray dari F&N. Rare ni, susah mau dapat dan manyak lama punya barang ni. Ada tercatat "Aerated Waters And Cordials". Ada nampak retak retak seribu kat badan dia tapi bukan nak pecah.

Khamis, 15 Julai 2010

Ashtray Salem lama


Ini plak koleksi ashtray Salem. Ada 2 ketoi tapi berlainan saiz dan design. La ni tak tau la ada lagi dikeluarkan atau tidak. Rasa rasa kat kelab kelab ada lagi digunakan kot.

Piring rokok Player's Navy cut

Ini plak bekas letak rokok lama jenama PLAYER'S NAVY CUT. Ni lama betul keluarannya. Selalunya dahulu digunakan di kedai kopitiam untuk isi rokok atau kotak rokok yang diorder. Dulu rokok boleh order sebatang 2. Kondisennya kureng sikit, tapi tak pa...janji gambar dia ada sikit2, dapat tengok tu dan la ni susah mau dapat beb.

Koleksi ashtray MILD SEVEN lama

Ashtray MILD SEVEN ni adalah salah satu koleksi ashtray yang aku ada. Lama keluarannya, la ni tak tau la masih dikeluarkan dipasaran atau tak.