Kengkawan-kengkawan

Memaparkan catatan dengan label Koleksi pelbagai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koleksi pelbagai. Papar semua catatan

Selasa, 15 Februari 2011

Kad keahlian MCA lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kenkawan bloger dan silent reader semua. Kali ni N3 saya nak cerita tentang kad keahlian parti MCA yang baru saya dapat dari apek kat pasar karat KL tu. Deal lebih kurang terus rembat. Tak ada apa yang best sangat tentang kad ini pun, saja aja nak kongsi sama sama.

Bahagian depan kad

Bahagian dalam kad

Bahagian depan kad

Bahagian dalam kad

Kedua2 kad ini kepunyaan Mr Kan Hoi Yee, cawangan Sungai Besi rasanya. Yang atas tercatit tarikh 1 Jun 1966 dan yang bawah tercatit 1 Jan 1966. Dah 45 tahun usia kad ni. Masih hidup lagi ke pemilik kad ni tak tau la...

Ok la buat kali ni. Sama2 la kita layan N3 yang tak seberapa ni....

Ahad, 6 Februari 2011

Lesen bawak penumpang dan barang

Assalamualaikum kawan kawan semua kali ni nak N3 pasai itu hari pi jalan2 kat pasaq karat KL, pusin punya pusin nampak satu apek juai lesen bawak teksi dan bawak kenderaan berat. Tanya dia rege berapa dan deal lebih kurang, amik la lesen ni. Saya rasa la kawan kawan pun mungkin ada yang dah ada barang ni. Kalu dah ada kita kongsi la sama sama ya.

Tapi barang/lesen ni nak best lagi kalu dapat ngan lesen kertas nya sekali. Baru la komplet, tapi tak pa la..tak dak pun kira ok gak ni...Kat lesen tu ada tulih Negeri2 Tanah Melayu.

Ini lesen untuk bawak teksi.


Ini pulak lesen untuk bawak kenderaan berat.

Kira bertuah la saya dapat barang/lesen ni. Dah lama gak dok cari benda ni, baru la ni berjumpak ngan benda ni...Memang best buat koleksi peribadi ni....

Ok la buat kali ni...mari lah kita sama2 melayannya yer...

Sabtu, 24 Julai 2010

Bedak kotak nyonya


Ada sapa sapa pernah nampak benda ini? Ini adalah bedak muka nyonya (orang cakaplah). Mungkin ada gambar pompuan kat kotak dia kot. Dulu dulu orang pompuan suka sangat ngan bedak ni. Emak saya dulu pun pakai bedak nyonya ni. Bagus bedak ni. Harga budget...kualiti bagus...tak ada kesan sampingan. La ni bedak semua pakai cop orang putih punya...baru klass...harga...peh..boleh tahan.

Sikat kutu lama

Sikat kutu lama ini diperbuat daripada kayu. Sikat kutu yang ada sekarang diperbuat daripada buluh dan buatan China. Sikat ini buatan tempatan dan amat sukar nak didapati dipasaran la ni.

Selasa, 20 Julai 2010

Tabung duit NATIONAL

Ini tabung bateri NATIONAL lama ni. Dah susah nak dapat dipasaran dah ni. Tabung ni dikeluarkan untuk kenang kenangan kot. Saya pun tak tahu tahun dikeluarkan...agak agak saya tahun '60an kot.

Sabtu, 10 Julai 2010

Koleksi kotak macis lama


Ini adalah koleksi spesel aku, kotak guruih api. Dah lama dah aku kolek guruih api. Adala lebih kurang 200 bijik semuanya kot. Guruih ni banyak stok lama punya. Yang baru pun ada jugak sikit sikit. cuba hampa tengok tu, ada macam macam jenih cap...ada cap MAS, Genting Highland, hotel hotel seperti Hotel Regent, Hotel Rasa Sayang, Hotel Malaysia dan banyak hotel lagi dan lain lain cap lagi.

Nota: guruih (macis)
hampa (kau orang)

Jumaat, 2 Julai 2010

Koleksi mesin basuh lama

Pandangan sisi

Pandangan depan

Inilah mesin basuh era '60an. Sapa sapa ada pernah tengok ka benda ini? Rasa rasa saya tak pernah kot, tapi kalau pure budak kampung ada jugak yang pernah tengok kot. Dulu dulu bila nak basuh baju, mak mak akan bawak benda ni pi basuh pakaian kat perigi atau tepi sungai. Cara pakainya kain digosok atas bawah guna sabun cap kapak. Contoh sabun tak dak pulak dalam simpanan, nanti kalu jumpak saya masukkan. Peh...nostalgia betoi. Basuh ramai ramai sambil chat..chat..sikit, cerita apa apa yang terjadi seluruh kampung. Cerita sianu ni, sianu tu, depa ni, depa tu dan apa apa saja la. Best woo...Memang payah nak jumpak lagi benda ni. Orang cakap banyak "rare" wooo....

Ni memang barang lama ni, tengok dia punya kondisen, dah huih(haus), maknanya tuan punya mesin basuh ni selalu pakai ni. Mesin basuh ni buat koleksi sendiri aja, tapi sapa sapa yang berhajat teramat sangat, terpaksalah saya fikir fikirkan. Tak elok hampakan harapan orang.