Kengkawan-kengkawan

Jumaat, 2 Julai 2010

Koleksi mesin basuh lama

Pandangan sisi

Pandangan depan

Inilah mesin basuh era '60an. Sapa sapa ada pernah tengok ka benda ini? Rasa rasa saya tak pernah kot, tapi kalau pure budak kampung ada jugak yang pernah tengok kot. Dulu dulu bila nak basuh baju, mak mak akan bawak benda ni pi basuh pakaian kat perigi atau tepi sungai. Cara pakainya kain digosok atas bawah guna sabun cap kapak. Contoh sabun tak dak pulak dalam simpanan, nanti kalu jumpak saya masukkan. Peh...nostalgia betoi. Basuh ramai ramai sambil chat..chat..sikit, cerita apa apa yang terjadi seluruh kampung. Cerita sianu ni, sianu tu, depa ni, depa tu dan apa apa saja la. Best woo...Memang payah nak jumpak lagi benda ni. Orang cakap banyak "rare" wooo....

Ni memang barang lama ni, tengok dia punya kondisen, dah huih(haus), maknanya tuan punya mesin basuh ni selalu pakai ni. Mesin basuh ni buat koleksi sendiri aja, tapi sapa sapa yang berhajat teramat sangat, terpaksalah saya fikir fikirkan. Tak elok hampakan harapan orang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan