Kengkawan-kengkawan

Memori Memori Ku

 Memori Penjara Pudu

Ada satu cerita yang ingin aku kongsi bersama kengkawan semua. Ingin aku bertanya, adakah kengkawan masih ingat pada Penjara Pudu? Ataupun dah tak ingat ataupun tak ambil 'pot' sangat tentang cerita merapu ini. Nak buat apa ingat tentang penjara yang usang dan menanti untuk dirobohkan dan bakal diganti dengan projek mega mega yang lebih menguntungkan...buang karan saja ingat, betul tak. Banyak memori sepanjang kewujudan Penjara Pudu ini. Ada kisah sepasukan pegawai perubatan di jadikan tebusan yang di'kautim' oleh Datuk Zaman Khan, cerita tentang penjenayah ala 'Robin Hood' Botak Chin dan banyak lagi. Juga Mr os pun ada buat lagu, jumpa awek depan Penjara Pudu. Panjang gak usia Penjara Pudu ni. Semenjak di bina, pada tahun 1891 dan siap dibina 1895 hingga sekarang berusia lebih kurang 105 tahun. Fuyoo...lama tu. Dengan lukisan permandangan terpanjang (lebih kurang 384 meter) dengan mengunakan jari sahaja, telah diiktiraf sebagai rekod dunia.  Sejuk mata memandang ketika melewatinya takkala terperangkap dalam 'jem'. Berbangga Malaysia, banduan pun boleh mencipta kejayaan yang membanggakan negara. Banyak lagi kenangan yang terpahat sepanjang kewujudannya aku pun tak ingat. Tanya pihak penjara tau kot.

Terpampang tarikh 1895 dipintu masuk utama Penjara Pudu.

Apabila penjara Sungai Buloh siap dibina, maka Penjara Pudu dikosongkan. Maka terbiarlah bangunan bersejarah itu dimamah masa dan cuaca. Lukisan terpampang didinding penjara pun mulai kusam dan dah tak menyegukkan mata lagi ketika melewatinya. Maka ada pihak pihak yang mencadangkan agar tapak penjara itu dibangunkan, kerana ia berada dikawasan 'Golden Triangle' yang amat amat berharga. Tak tahulah apa Uda Holding yang empunya tanah itu punya perancangan pembangunannya. Kata nak buat pembesaran jalan dan pembangunan 8 billion. Wallahuaklam. Tanyalah pihak pihak yang berkenaan tentang status pembangunannya.

Setelah sekian lama terbiar, maka pada tanggal 21hb. Jun 2010 tepat pukul 10.00 malam telah di canang sebagai satu tarikh untuk dirobohkan Penjara Pudu itu. Maka aku terasa jugak kesedihannya, walaupun tak ada apa apa pun memori bagi aku. Yang ada hanya memori aku melihat tembok yang tersergam kaku dan lukisan cantik (dululah) yang mendamaikan, itu aje. Tapi bagi aku yang meminati barang barang lama dan antik, terasa Penjara Pudu amat bermakna. Satu bangunan yang penuh dengan sejarah dan amat antik. Aku rasa kalaulah ia boleh dipindahkan ke Muzium Negara, alangkah bestnya. Dapatlah generasi akan datang menatap satu bangunan yang menyimpan banyak memori didalamnya.


Keadaan sesak dengan orang ramai yang menyaksikan detik detik bersejarah.

Maka tepat pada tarikh dan masa yang ditetapkan, aku dah terpacak di hadapan Penjara Pudu untuk menyaksikan detik detik bersejarah tembok Penjara Pudu (sebelah Jalan Pudu) dirobohkan. Ketika di sana aku lihat ramai manusia telah berkumpul untuk sama menyaksikan detik detik itu. Ramailah para wartawan wartawan dari pelbagai media telah berkumpul disana untuk membuat liputan bersejarah itu. Jalan telah mulai sesak apabila ada segelintie pemandu memparkir kenderaan di tepi jalan, maka polis mulai menyaman kenderaan yang parking di tepi jalan. Apabila tepat pada masanya (pukul 10.00 mlm) maka jengkaut pun memulakan tugas meroboh. Bila tembok penjara pertama dirobohkan jengkaut, orang ramai bersorak sorak. Tak tahu lah sorak happy ke atau sorak apa..Bila tembok telah roboh aku dengan pantas menyelinap masuk untuk mengambil cebisan tembok penjara itu. Bukan apa, aku peminat barang lama dan antik mesti ambil cebisan untuk dijadikan kenangan. Kenangan yang amat amat berharga. Untuk anak cucu woo. Mana boleh lepas peluang punya. Selepas ini dah tak ada lagi Penjara Pudu. Seratus tahun lebih wooo...Ada orang bagitau aku bahan binaan Penjara Pudu ini dibawa dari England. Wallahuaklam...betul ke tak, yang penting aku ada simpan sebahagian dari tembok Penjara Pudu.


Inilah sebahagian dari 'reporter' yang tak mahu melepaskan peluang ketika tembok pertama kali dirobohkan. (Maaf visual kurang memuaskan)

Ketika aku hendak melangkah keluar dari tapak itu setelah hajat untuk mengambil serpihan tembok tercapai, aku di tahan oleh 2 orang reporter, katanya dari akhbar New Strait Time. Betul ke tak..tak tahulah. Maka di interviewlah aku, siapa nama, dari mana, kerja apa, nak buat apa dengan serpihan ini dan macam macam lagilah diorang tanya. Lepas tanya..aku terus balik. Dalam perjalanan, syok rasa hati kerana dapat serpihan penjara itu. Best woo...

Inilah sebahagian serpihan dari tembok Penjara Pudu.

Esoknya Selasa 22hb. Jun ketika kepejabat aku cuba selak selak gak akhbar New Strait Time, Berita Harian dan Kosmo kat kedai mamak...tak ada plak cerita tentang aku malam tadi. Aku rasa reporter malam tadi tu tipu aje atau saja saja aje kot., reporter kan...mesti sentiasa sibuk interview orang siarnya belum tau, anggapan aku. Masa dalam pejabat member aku bising, dia kata cuba baca akhbar Metro...bila aku baca, cerita tentang aku ada disiarkan didalamnya. Apa lagi seronok le, nama masuk paper. Sorilah reporter aku salah sangka ngan kamu. Gambar tak dak plak dalam tu. Tak apa la, janji ada cerita, kira ok la tu. Berbangga jugak la aku. Balik kerja kang aku kena beli akhbar Metro ni, buat kenangan woo...

 Keratan akhbar Metro pada Selasa 22hb. Jun 2010

Sebahagian keratan akhbar yang di besarkan

Pelukis pelan, Ramlan Osman dalam akhbar tu akulah. Tu yang aku syok sangat tu. Mungkin dia rasa aku pelukis pelan, memang line aku la tentang binaan ni.

Demikianlah memori indah aku ketika upacara merobohkan tembok Penjara Pudu yang penuh ngan sejarah dan nostalgia buat sesetengah orang. Pasti lepas ni dah tak ada lagi Penjara Pudu dan yang tinggal  hanya dalam lipatan sejarah negara yang hebat.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan