Kengkawan-kengkawan

Jumaat, 25 Jun 2010

Koleksi pinggan FnN

Pandangan hadapan pinggan
Pinggan F&N ini adalah antara koleksi pinggan mangkuk lama yang aku ada. Pinggan ni memang keluaran lama, agak agak aku la mungkin tawun '60an kot. Agak agak aja, mungkin lama lagi kot. Saiz ukuran dia 12 1/2", besaq gak saiz ni dan agak berat gak. Dulu keluaran kenang kenangan kot. F&N ni banyak betoi keluaran dia untuk kenang kenangan, al maklumlah produk popular dulu. Kalau orang dulu dulu memang sinonin ngan F&N ni.
Pandangan belakang pinggan
Pinggan ni dah ada retak sedikit retak seribu. Tapi bukan bermakna retak menanti pecah, tapi menandakan pinggan ni dah lama dah. Dah lama gak ada dalam simpanan aku, lebih kurang 4-5 tawun kot. Tak perenah lagi aku nampak pinggan ni kat mana mana, kat Amcorp pun aku tak perenah kelih, tak tau la kawan kawan ada perenah kelih kot.
Zoom cop dia
Sudi sudi kawan kawan tengok untuk tatapan kita bersama. Tak rugikan kita kongsi koleksi kita sama samakan.

1 ulasan:

  1. ada lagi x pinggan ni?kalau ade bgtau fahmieizwan@gmail.com

    BalasPadam