Kengkawan-kengkawan

Sabtu, 4 September 2010

Jam dinding lama


Jam dinding lama adalah salah satu dari koleksi barang lama yang saya ada. Jam ni agak agak keluaran tahun 50an kot. Jam ini berjenama 3 5(5 ada 3) buatan China. Untuk menghidupkannya ia perlu dikunci dan ia akan hidup lebih kurang 15 hari. Jam dinding ini amat bernilai pada masa sekarang ni. Susah nak dapat lagi la ni. Harganya pun boleh tahan sekarang ni.

Sabtu, 24 Julai 2010

Bedak kotak nyonya


Ada sapa sapa pernah nampak benda ini? Ini adalah bedak muka nyonya (orang cakaplah). Mungkin ada gambar pompuan kat kotak dia kot. Dulu dulu orang pompuan suka sangat ngan bedak ni. Emak saya dulu pun pakai bedak nyonya ni. Bagus bedak ni. Harga budget...kualiti bagus...tak ada kesan sampingan. La ni bedak semua pakai cop orang putih punya...baru klass...harga...peh..boleh tahan.

Sikat kutu lama

Sikat kutu lama ini diperbuat daripada kayu. Sikat kutu yang ada sekarang diperbuat daripada buluh dan buatan China. Sikat ini buatan tempatan dan amat sukar nak didapati dipasaran la ni.

Selasa, 20 Julai 2010

Tabung duit NATIONAL

Ini tabung bateri NATIONAL lama ni. Dah susah nak dapat dipasaran dah ni. Tabung ni dikeluarkan untuk kenang kenangan kot. Saya pun tak tahu tahun dikeluarkan...agak agak saya tahun '60an kot.

Jumaat, 16 Julai 2010

Piring rokok Torchlight

Ni yang paling aku sayang ni. Rokok brand Torchlight rokok lama ni, tahun '50an rasa aku. Piring ni amat susah nak didapati lagi dipasaran sekarang. Kira rare le. Kalu ada pun regenya mesti mahai punya. Kuching aku sibuk nak interprem sekali. Pantang aku shoot dia mesti kacau punya. Suka barang lama gak kot.

Ashtray Good Year lama

Ini lagi satu koleksi ashtray aku. Ini plak ashtray Good Year tayar. Rasa rasa aku ashtray ni ada tayar di bawah dia. Masa dulu dulu aku rasa pernah nampak ashtray ni kat kedai tayar. Ada kawan kawan yang ada koleksi ni boleh komen kot.

Ashtray F&N lama

Ni spesel punya koleksi...ashtray dari F&N. Rare ni, susah mau dapat dan manyak lama punya barang ni. Ada tercatat "Aerated Waters And Cordials". Ada nampak retak retak seribu kat badan dia tapi bukan nak pecah.