Kengkawan-kengkawan

Selasa, 14 Disember 2010

Setem kenangan baharu Upin & Ipin

Assalamualaikum wbt...hari ni nak N3 pasal setem pulak la. Kelmarin terbaca dalam suratkhabar, iaitu satu artikel mengenai minggu setem 2010 yang akan diadakan di Berjaya Times Square, Bukit Bintang. Minggu setem bermula Isnin 13hb-Ahad 19hb. Dis. 2010. Sempena minggu setem itu juga dilancarkan setem kenangan baharu berserta sampul surat hari pertama, bergambarkan watak kartun popular seMalaysia, apa lagi kalau bukan watak Upin & Ipin. Ia adalah kerjasama Pos Malaysia dan Les' Copaque. Setem yang dikeluarkan adalah tentang permainan traditional dimasa lapang bersama Upin & Ipin.
Setem dan sampul surat hari pertama
bersertakan copnya sekali.
Lukisan yang dipaparkan diatas setem begitu cantik dan menarik dipandang dan juga berkualiti. Ia tidak menggunakan gam seperti setem setem yang biasa dipakai tetapi menggunakan stiker. Saya rasa inilah yang pertama digunakan di Malaysia ni. Butiran teknikalnya adalah :
Denominasi : 60sen (setenant) x 3 rekabentuk.
Denominasi lembaran mini : rm5.
Denominasi poskad : 80sen x 6 rekabentuk (1 set).
Kertas : self-adhesive security stamp paper with flourescent.
Pereka bentuk : LC Merchandising & Les Copaque Production.
Sampul surat hari pertama : 30sen satu.

Lembaran mini yang begitu menawan

Lembaran mini menunjukkan Kak Ros sedang bermain bayang bayang


Ini adalah risalah yang disertakan sekali dengan sampul surat hari pertama. Didalam risalah ini diterangkan serba sedikit tentang permainan traditional yang dicetakakn diatas setem. Permainan itu adalah batu seremban, congkak, galah panjang, konda kondi, perang perang dan telefon tin. Ini semua adalah permainan kanak kanak dulu dulu. Budak sekarang mana tau main lagi permainan ini. Eloklah benar pihak Pos Malaysia dan Les' Copaque mengetengahkan tema ini. Pihak pihak yang bersangkutan dengan pelancungan juga wajib mengambil inisiatif untuk mempopularkan kembali permainan ini dalam masyarakat Malaysia semula sebelum pupus begitu sahaja.

Dibawah adalah 6 keping poskad (1 set) permainan tradional itu.

Permainan congkak

Permainan batu seremban

Permainan talipon tin

Permainan galah panjang


Permainan perang perang

Permainan konda kondi

Demikianlah serba sedikit tentang setem kenangan baharu yang dikeluarkan sempena minggu setem 2010. Kepada sahabat sahabat yang berminat dalam koleksi setem ini, masih sempat lagi untuk mendapatkannya di Berjaya Times Square, Bukit Bintang.







































































































































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan