Kengkawan-kengkawan

Jumaat, 25 Jun 2010

Koleksi pinggan FnN

Pandangan hadapan pinggan
Pinggan F&N ini adalah antara koleksi pinggan mangkuk lama yang aku ada. Pinggan ni memang keluaran lama, agak agak aku la mungkin tawun '60an kot. Agak agak aja, mungkin lama lagi kot. Saiz ukuran dia 12 1/2", besaq gak saiz ni dan agak berat gak. Dulu keluaran kenang kenangan kot. F&N ni banyak betoi keluaran dia untuk kenang kenangan, al maklumlah produk popular dulu. Kalau orang dulu dulu memang sinonin ngan F&N ni.
Pandangan belakang pinggan
Pinggan ni dah ada retak sedikit retak seribu. Tapi bukan bermakna retak menanti pecah, tapi menandakan pinggan ni dah lama dah. Dah lama gak ada dalam simpanan aku, lebih kurang 4-5 tawun kot. Tak perenah lagi aku nampak pinggan ni kat mana mana, kat Amcorp pun aku tak perenah kelih, tak tau la kawan kawan ada perenah kelih kot.
Zoom cop dia
Sudi sudi kawan kawan tengok untuk tatapan kita bersama. Tak rugikan kita kongsi koleksi kita sama samakan.

Rabu, 23 Jun 2010

Koleksi teko HACKS



Ini teko istimewa aku......teko cap HACKS. Ini rare punya collection woo....susah mau dapat woo. Teko ni dibuat oleh Goh Ban Huat (GBH). Dulu GBH buat ceramic pinggan mangkuk, sekarang GBH buat ceramic gak tapi ceramic peralatan tandas. Masa aku dapat dulu rega dia boleh tahan gak, apek cakap banyak lama punya barang wooo....Tengok pun bekenan amik gak le walau mahai sikit. Kat badan dia ada retak seribu. Dia punya tulisan kat badan yang kelakar tu "HACKS UNTOK RENGKONG DAN PARU PARU". Dia tulis rengkong bukan kerongkong.
TEKO INI TELAH DIPINANG OLEH ORANG, MAKA BERPISAHLAH DIA DARI SAYA KE TUAN YANG BARU. SEDIH GAK RASANYA.