Kengkawan-kengkawan

Rabu, 12 Januari 2011

Syiling kenangan binatang terancam

Ini adalah sebahagian koleksi syiling kenangan yang aku ada. Syiling ini dikeluaqkan sempena binatang mamalia yang paling terancam (endanged animal). Kira hampiaq pupuih la tu. Ada 12 ekoq/jenih binatang semuanya. Dikeluaqkan pada tahun 2003 dan dikeluaqkan setiap bulan, jadi semuanya 12 keping. Bulan Jan-harimau, Feb-orang utan, Mac-gajah, Apr-badak, Mei-kongkang dan bulan Jun-kijang.


Bulan Julai-tapir, Ogos-kambing gurun, Sept-seladang, Oct-rusa, Nov-harimau dahan dan Dis-monyet bangkatan. Nilai muka syiling ini adalah 25 sen. Aku rasa kenkawan pun ramai yang kolek set ni atau lebih best dari aku. Material yang digunakan adalah emas nordik. Memang spesel buat koleksi set ni. Boleh tau jugak binatang apa yang paling terancam tu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan