Kengkawan-kengkawan

Jumaat, 28 Januari 2011

Koleksi komik lama 2

Nama komik : Hulk dlm Raksaksa Besi.

Pelukis : Nik Abdullah.

Keluaran : Majaya Enterprise.

Tahun keluaran : tak tercatat.

Harga : M'sia Barat = 60 sen.

M'sia Timur = 70 sen.


Komik ni dikeluaqkan ketika meletupnya cerita Incredible Hulk kat tv dulu tu. Memang best cerita tu.



Tajuk komik : Pengunduran.

Pelukis : A. Talib.

Keluaran : Tak tercatat.

Tahun keluaran : 1979.

Harga : M'sia Barat = 60 sen.

M'sia Timur = 70 sen.


Komik menceritakan tentang penaklukan Malaysia oleh tentera Jepun. Komik cerita perang la ni.

Tajuk komik : Hutang Darah 2 ( siri ke2 kot).

Pelukis : Nik Abdullah.

Keluaran : Tak tercatat.

Tahun keluaran : Tak tercatat.

Harga : M'sia Barat = 60 sen.

M'sia Timur = 70 sen.


Ni pun komik perang gak ni.


Jumaat, 14 Januari 2011

Mug bola Milo

Assalamualaikum dan salam bahagia di hari cuti hari Sabtu ni. Bukan apa saja nak N3 untuk kongsi sama kenkawan, pasai mug bola ni. Saya rasa kenkawan mungkin ada koleksi ni yang lebih mabeles dari saya kot. Apa2 pun mai la jugak kita layan N3 ni jugak. Mug milo ni rasa saya la...(kalu salah betoikanlah) ada dikeluaqkan 2 jenih aja kot...putih/hitam dan putih/hijau. Tak tau la kot kenkawan ada jumpak kaler lain. Cun mug Milo ni, memang sesuai untuk dibuat koleksi apa.

Ini adalah yang kaler putih/hitam...kat ataih kaler hitam tu ada tulih Milo.


Ini pulak warna putih/hijau...ataih hijau tu ada tulih Milo.
Yang sekali tengok macam sama aja yang putih/hitam kat ataih tu kan...tapi saya rasa yang ni spesel la...sebab nampak macam sama tapi memang tak sama...pasai apa tak sama, kerana tulisan Milo tu ditulih timbul. Dia besaq sikit dari yang kat ataih tu. Ini keluaran terhad saya rasa...susah nak dapat ni.

Ni bahagian bontot dia...ada tulisan "HAND CRAFTED IMPORTED". Tu yang spesel tu. Saya rasa ni dari luaq negeri kot. Yang 2 kat ataih tu tak ada tulisan tu kat bontot dia.
Ok la buat kali ni...selamat layan...kalau kenkawan ada yg best lagi dari saya crita la...


Rabu, 12 Januari 2011

Syiling kenangan binatang terancam

Ini adalah sebahagian koleksi syiling kenangan yang aku ada. Syiling ini dikeluaqkan sempena binatang mamalia yang paling terancam (endanged animal). Kira hampiaq pupuih la tu. Ada 12 ekoq/jenih binatang semuanya. Dikeluaqkan pada tahun 2003 dan dikeluaqkan setiap bulan, jadi semuanya 12 keping. Bulan Jan-harimau, Feb-orang utan, Mac-gajah, Apr-badak, Mei-kongkang dan bulan Jun-kijang.


Bulan Julai-tapir, Ogos-kambing gurun, Sept-seladang, Oct-rusa, Nov-harimau dahan dan Dis-monyet bangkatan. Nilai muka syiling ini adalah 25 sen. Aku rasa kenkawan pun ramai yang kolek set ni atau lebih best dari aku. Material yang digunakan adalah emas nordik. Memang spesel buat koleksi set ni. Boleh tau jugak binatang apa yang paling terancam tu.



Isnin, 10 Januari 2011

Koleksi komik lama 1

Tajuk komik : Siri penyiasatan gila, Awang Pong. Keluaran : Penerbitan Media Seni. Pelukis : Man Hassan. Tahun keluaran : 1984. Harga : 70 sen.
Tajuk komik : Rahsia Bukit Emas.

Keluaran : Penerbitan Media Seni.

Pelukis : Kasbi Sarbini.

Tahun : Tak tahu.

Harga : 60 sen.

Tajuk komik : Naga Hitam.

Keluaran : Penerbitan Media Seni.

Pelukis : Mansoor Ibrahim.

Tahun : Tak tahu.

Harga : 60 sen.

Tajuk komik : Si Kudung Pendekar Sakti.

Keluaran : Berjaya Enterprise.

Pelukis : Md. Zohri Sukimi, Sijangkang Klang.

Tahun : 1974.

Harga : 50 sen.