Kengkawan-kengkawan

Khamis, 15 Julai 2010

Koleksi ashtray MILD SEVEN lama

Ashtray MILD SEVEN ni adalah salah satu koleksi ashtray yang aku ada. Lama keluarannya, la ni tak tau la masih dikeluarkan dipasaran atau tak.

Sabtu, 10 Julai 2010

Koleksi reket badminton lama




Ini lagi koleksi reket saya lagi. Reket ini memang lama jenama Gold Cup buatan China. Reket ni keseluruhannya diperbuat dari kayu ataupun buluh. Pemegang frame reket digunakan supaya framenya tak meleding.


Koleksi reket badminton lama


Koleksi reket badminton lama era '60an ni amat susah lagi didapati dipasaran. Reket ini berjenama YONEX, sekarang ni jadi YY YONEX. Framenya diperbuat dari kayu. Oleh kerana itulah pemegang frame reket diletakkan supaya framenya tidak meleding atau melengkung. Pemegangnya dibalut dengan pembalut kulit.

Koleksi kotak macis lama


Ini adalah koleksi spesel aku, kotak guruih api. Dah lama dah aku kolek guruih api. Adala lebih kurang 200 bijik semuanya kot. Guruih ni banyak stok lama punya. Yang baru pun ada jugak sikit sikit. cuba hampa tengok tu, ada macam macam jenih cap...ada cap MAS, Genting Highland, hotel hotel seperti Hotel Regent, Hotel Rasa Sayang, Hotel Malaysia dan banyak hotel lagi dan lain lain cap lagi.

Nota: guruih (macis)
hampa (kau orang)

Jumaat, 2 Julai 2010

Koleksi mesin basuh lama

Pandangan sisi

Pandangan depan

Inilah mesin basuh era '60an. Sapa sapa ada pernah tengok ka benda ini? Rasa rasa saya tak pernah kot, tapi kalau pure budak kampung ada jugak yang pernah tengok kot. Dulu dulu bila nak basuh baju, mak mak akan bawak benda ni pi basuh pakaian kat perigi atau tepi sungai. Cara pakainya kain digosok atas bawah guna sabun cap kapak. Contoh sabun tak dak pulak dalam simpanan, nanti kalu jumpak saya masukkan. Peh...nostalgia betoi. Basuh ramai ramai sambil chat..chat..sikit, cerita apa apa yang terjadi seluruh kampung. Cerita sianu ni, sianu tu, depa ni, depa tu dan apa apa saja la. Best woo...Memang payah nak jumpak lagi benda ni. Orang cakap banyak "rare" wooo....

Ni memang barang lama ni, tengok dia punya kondisen, dah huih(haus), maknanya tuan punya mesin basuh ni selalu pakai ni. Mesin basuh ni buat koleksi sendiri aja, tapi sapa sapa yang berhajat teramat sangat, terpaksalah saya fikir fikirkan. Tak elok hampakan harapan orang.



Jumaat, 25 Jun 2010

Koleksi pinggan FnN

Pandangan hadapan pinggan
Pinggan F&N ini adalah antara koleksi pinggan mangkuk lama yang aku ada. Pinggan ni memang keluaran lama, agak agak aku la mungkin tawun '60an kot. Agak agak aja, mungkin lama lagi kot. Saiz ukuran dia 12 1/2", besaq gak saiz ni dan agak berat gak. Dulu keluaran kenang kenangan kot. F&N ni banyak betoi keluaran dia untuk kenang kenangan, al maklumlah produk popular dulu. Kalau orang dulu dulu memang sinonin ngan F&N ni.
Pandangan belakang pinggan
Pinggan ni dah ada retak sedikit retak seribu. Tapi bukan bermakna retak menanti pecah, tapi menandakan pinggan ni dah lama dah. Dah lama gak ada dalam simpanan aku, lebih kurang 4-5 tawun kot. Tak perenah lagi aku nampak pinggan ni kat mana mana, kat Amcorp pun aku tak perenah kelih, tak tau la kawan kawan ada perenah kelih kot.
Zoom cop dia
Sudi sudi kawan kawan tengok untuk tatapan kita bersama. Tak rugikan kita kongsi koleksi kita sama samakan.

Rabu, 23 Jun 2010

Koleksi teko HACKS



Ini teko istimewa aku......teko cap HACKS. Ini rare punya collection woo....susah mau dapat woo. Teko ni dibuat oleh Goh Ban Huat (GBH). Dulu GBH buat ceramic pinggan mangkuk, sekarang GBH buat ceramic gak tapi ceramic peralatan tandas. Masa aku dapat dulu rega dia boleh tahan gak, apek cakap banyak lama punya barang wooo....Tengok pun bekenan amik gak le walau mahai sikit. Kat badan dia ada retak seribu. Dia punya tulisan kat badan yang kelakar tu "HACKS UNTOK RENGKONG DAN PARU PARU". Dia tulis rengkong bukan kerongkong.
TEKO INI TELAH DIPINANG OLEH ORANG, MAKA BERPISAHLAH DIA DARI SAYA KE TUAN YANG BARU. SEDIH GAK RASANYA.