Kengkawan-kengkawan

Khamis, 21 Jun 2012

Nescafe Menu kembali lagi


ASSALAMUALAIKUM WBT.....

N3 kali ni saja nak cerita pasai free gift Nescafe menu ni.
2 3 hari lepas pi jalan jalan kat satu supermarket..ternampak la set ni...belah bahagi jugak..nak beli ka tak..sebab tak minum Nescafe..tapi sebab nak free gift ni beli la jugak..terbang rm12.90. Tak pa la masa first round..2 tahun lepas kot..dah keluaq benda ni..tapi tak dan nak kolek...kali ni dah jumpak..rembat aja la...

Cun jugak set kopitiamnya. Pada peminat peminat cawan kopitiam yang berkeinginan cepat sambaq..takut habih kat pasaran...Layannnn...

Rabu, 20 Jun 2012

Beg Gula gula HACKS

BEG GULA GULA HACKS...

ASSALAMUALAIKUM WBT....
Dah lama sangat rasanya tak berbelog ni, rasa rasa dekat 2 atau 3 bulan rasanya. Hajat ada tapi....mengenangkan Maxis broadband terhegeh hegeh...hajat nak berbelog pun kendoq balik...hampeh..mula mula pakai laju, bila dah lama..slow...apa lagi bertukar ke TM la pulok la ni....ok la...keinginan berbelog mai balik..tu yang N3 balik ni...

N3 kali ni adalah nak kongsi bersama..iaitu beg sandang gula gula Hacks lama...happy masa dapat beg ni..sebab la ni susah nak dapat benda cam ni...rasa rasa otai barang barang lama ada kot beg ni..tah tah lagi rare apa..tapi apapun saya syok gak kerana ada satu....buat koleksi...

Kat beg tu ada slogan 'Dicipta Untuk Mutunya'...memang bermutu pun...Layan aja la.

Ok la buat permulaan balik bagi kali ni...bobai....


Rabu, 4 Januari 2012

Koleksi komik lama 4

Assalamualaikum wbt...kembali lagi setelah lama tak bersiaran...lama gak rasanya...rasa dah naik berabuk dan nak berkulat blog ni...bukan apa bila malaih mendatang, nak on komputer pun malaih...

N9 kali ni nak sambung balik tentang koleksi komik sikit sikit yang aku ada...
mai kita layan pelan pelan...

Tajuk komik : Si-Ronda
Pelukis : Zainurin
Harga : M'sia Barat : 60 sen
M'sia Timur: 70 sen
Terbitan : Malaya Enterprise





Tajuk komik : Dendam Pemburu
Pelukis : Tak dapat dikesan


Harga : 60 sen


Terbitan : Pustaka Maju


Tajuk komik : Diburu Hantu
Pelukis : Ibrahim Hamid
Harga : 70 sen
Terbitan : Percetakan Mediaseni

Tajuk komik : Dendam Musafir Kelana
Pelukis : Jamaluddin Non & Zakaria Salleh
Harga : 70 sen
Terbitan : Penerbitan Bumi Bakti











Ahad, 1 Januari 2012

Ais krim soda Oren Kajang

Tak terlambat kot nak ucap selamat tahun baru masihi 2012 pada semua sahabat blog..tak kira yang follow atau yang silent reader...moga2 tahun 2012 ni berazam lebih baik lagi...





Dah lama rasanya tak N9 blog ni...berabuk dan dah nak bekulat blog ni...bila malaih mai, memang tak bergerak la blog ni...



Kali bukan apa saja nak kongsi apa yang saya baru dapat ni. Bagi otai2 mungkin tak kisah pun...tapi bagi saya rasa2nya rare kot. Saya baru dapat botoi ni. Botoi ayaq lemenate lama perisa ais krim soda. Yang nak habaq ni, syarikat yang mengeluarkan air ni adalah syarikat Oren Kajang. Tak perenah pulak saya dengaq kilang ni(saya la tak pernah dengaq). Kata kawan yang jual botoi ni kat saya, dia kata kilang ni dah lama tutup. Ada otai2 yang tau lebih lanjut kot.


Ok la buat kali ni walau tak seberapa...layan aja la....

Ahad, 3 April 2011

Koleksi komik lama 3

Assalamualaikum dan salam bahagia buat kenkawan semua. Kali ni nak N3 sambungan pasal komik lama ni. Ada la lagi sikit sikit koleksi yang nak dikongsi untuk tatapan kenkawan semua. Inilah sebahagiannya lagi daripadanya. Kenkawan ada yang lebih banyak dari simpanan saya ni. Walau bagaimana pun kita layan la sama sama ya...
Tajuk komik : Siri cerita puaka (Keris Pusaka).

Pelukis : A. Rahim B.

Harga : 50 sen.

Keluaran : Berjaya Enterprise.

Genre : Seram.


Tajuk komik : Cinta Gadis Rimba.

Pelukis : A. Talib.

Harga : 70 sen.

Keluaran : Penerbitan Mediaseni.

Genre : Cintan sikit.


Tajuk komik : Tangan Besi.

Pelukis : S. L.

Harga : 50 sen Malaysia Barat 60 sen Malaysia Timur.

Keluaran : P. M.

Genre : Boxing.Tajuk komik : SiKudung di episod Dendam.

Pelukis : Maarof Awang.

Harga : 50 sen.

Keluaran : Pustaka Trijaya.

Genre : Lawan la.

Tajuk komik : Inspektor Rodin dalam episod Perasugut.

Pelukis : Marzuki.

Harga : 70 sen.

Keluaran : Penerbitan Mediaseni.

Genre : Spy.


Ok la buat kali ni, nanti kalu ada kelapangan saya upload lagi komik komik yang didalam simpanan saya. Selamat layan.

Rabu, 9 Mac 2011

Koleksi barangan tembaga

Assalamualaikum wbt...N3 kali saja nak upload barang barang tembaga. Ala kengkawan lain pun ada koleksi tembaga lagi berlambak apa. Walau apapun kita layanz la jugak serba sikit koleksi saya ni. Saya ni ada la serba sikit koleksi tembaga ni. Tak dak la banyak mana sangat pun, cukup la bak orang kata buat pengeraih, daripada tak dak sikit pun jadi la. Ada la bekas kaki lilin sikit, bekas celak sikit dan ada la bekas air renjis air mawar sikit.

Saya suka kolek barang barang tembaga ni tapi satu aja yang masalahnya...malaih nak polish. Tapi saya tak suka polish saya suka biar dalam keadaan asal, baru nampak lama dan antik.


Ok la buat kali ini. Selamat layan walau tak best...

Rabu, 2 Mac 2011

Kenangan kamping kat Sungai Congkak

Assalamualaikum wbt dan selamat berbahagia kenkawan semua. N3 kali nak lari sikit la dari barang barang lama ni. Nak tenangkan fikiran sikit, almaklum la hidup kat Key Ell ni..otak serabut. Tu la nak ambil kesempatan masa cuti hujung minggu untuk berkamping dan beriadah bersama keluarga dan nak tenangkan kepala otak yang berserabut ni sikit.
Kami sekeluarga sepakat nak kamping kat Sungai Congkak kat Hulu Langat tu. Ala tempat orang selalu pi piknik di hujung minggu tu. Best tau kat sana. Kamping lagi best, ada kenkawan yang pernah pi kamping kat sana...?
Kalu nak kamping kat sana kena register dulu dan bayar sewa tapak, satu tapak rm10(khemah sendiri) kalau sewa khemah rm15.
Kat sini chalet pun ada, tapi kami sekeluarga suka berkamping. Lagi trill rasa.

Ni la tapak khemah kami, ok la tu. Tapak khemah macam platform, ketinggian lebih kurang sekaki supaya kalau hujan air tak masuk kedalam khemah.
Ini wajah happy anak anak sewaktu bangun pagi. Sat lagi boleh bekubang kat dalam sungai ler...

Ha...time bekubang..apa lagi sampai kecut le baru nak naik tu..

Ni orang rumah senang menyediakan makanan untuk dinyam nyam la..apa lagi..

Orang rumah sedang bertungkus lumus tu masak..sat lagi boleh makan le selepas mandi..sejuk sejuk ni perut rasa lapar..sedap makan...Kamping ni lauk ala kadar pun sedap makan..
Kamping kat Sungai Congkak ni tak perlu risau tempat selamat, tiap tiap hujung minggu pasti ada saja orang berkamping. Kalau dapat berkamping ngan geng barang barang lama dan geng PML best ni. Pasti meriah.
Ok la buat kali ni, mesti kenkawan boring apa N3 kali ni...walau apa pun kita kongsi bersama..OKKKK...
Wassalam