Selamat menjengah ke Lan Antique Collection yang tak seberapa ini untuk tatapan dan pilihan. Ruangan untuk berkongsi dengan sesiapa yang meminati barangan lama dan antik. Mengandungi koleksi peribadi dan untuk dijual (dinyatakan)
Kengkawan-kengkawan
Khamis, 21 Jun 2012
Nescafe Menu kembali lagi
2 3 hari lepas pi jalan jalan kat satu supermarket..ternampak la set ni...belah bahagi jugak..nak beli ka tak..sebab tak minum Nescafe..tapi sebab nak free gift ni beli la jugak..terbang rm12.90. Tak pa la masa first round..2 tahun lepas kot..dah keluaq benda ni..tapi tak dan nak kolek...kali ni dah jumpak..rembat aja la...
Cun jugak set kopitiamnya. Pada peminat peminat cawan kopitiam yang berkeinginan cepat sambaq..takut habih kat pasaran...Layannnn...
Rabu, 20 Jun 2012
Beg Gula gula HACKS
Rabu, 4 Januari 2012
Koleksi komik lama 4
N9 kali ni nak sambung balik tentang koleksi komik sikit sikit yang aku ada...
mai kita layan pelan pelan...
Tajuk komik : Si-RondaPelukis : Zainurin
Harga : M'sia Barat : 60 sen
M'sia Timur: 70 sen
Terbitan : Malaya Enterprise
Tajuk komik : Dendam Pemburu
Pelukis : Tak dapat dikesan
Harga : 60 sen
Terbitan : Pustaka Maju

Tajuk komik : Diburu Hantu
Pelukis : Ibrahim Hamid
Harga : 70 sen
Terbitan : Percetakan Mediaseni
Tajuk komik : Dendam Musafir KelanaPelukis : Jamaluddin Non & Zakaria Salleh
Harga : 70 sen
Terbitan : Penerbitan Bumi Bakti
Ahad, 1 Januari 2012
Ais krim soda Oren Kajang

Dah lama rasanya tak N9 blog ni...berabuk dan dah nak bekulat blog ni...bila malaih mai, memang tak bergerak la blog ni...
Kali bukan apa saja nak kongsi apa yang saya baru dapat ni. Bagi otai2 mungkin tak kisah pun...tapi bagi saya rasa2nya rare kot. Saya baru dapat botoi ni. Botoi ayaq lemenate lama perisa ais krim soda. Yang nak habaq ni, syarikat yang mengeluarkan air ni adalah syarikat Oren Kajang. Tak perenah pulak saya dengaq kilang ni(saya la tak pernah dengaq). Kata kawan yang jual botoi ni kat saya, dia kata kilang ni dah lama tutup. Ada otai2 yang tau lebih lanjut kot.
Ok la buat kali ni walau tak seberapa...layan aja la....
Ahad, 3 April 2011
Koleksi komik lama 3


Tajuk komik : SiKudung di episod Dendam.
Rabu, 9 Mac 2011
Koleksi barangan tembaga
Saya suka kolek barang barang tembaga ni tapi satu aja yang masalahnya...malaih nak polish. Tapi saya tak suka polish saya suka biar dalam keadaan asal, baru nampak lama dan antik.
Ok la buat kali ini. Selamat layan walau tak best...
Rabu, 2 Mac 2011
Kenangan kamping kat Sungai Congkak
Kami sekeluarga sepakat nak kamping kat Sungai Congkak kat Hulu Langat tu. Ala tempat orang selalu pi piknik di hujung minggu tu. Best tau kat sana. Kamping lagi best, ada kenkawan yang pernah pi kamping kat sana...?
Kalu nak kamping kat sana kena register dulu dan bayar sewa tapak, satu tapak rm10(khemah sendiri) kalau sewa khemah rm15.
Kat sini chalet pun ada, tapi kami sekeluarga suka berkamping. Lagi trill rasa.
Kamping kat Sungai Congkak ni tak perlu risau tempat selamat, tiap tiap hujung minggu pasti ada saja orang berkamping. Kalau dapat berkamping ngan geng barang barang lama dan geng PML best ni. Pasti meriah.
Ok la buat kali ni, mesti kenkawan boring apa N3 kali ni...walau apa pun kita kongsi bersama..OKKKK...
Wassalam
Selasa, 15 Februari 2011
Kad keahlian MCA lama
Bahagian depan kad
Bahagian dalam kad
Bahagian depan kad
Bahagian dalam kad Kedua2 kad ini kepunyaan Mr Kan Hoi Yee, cawangan Sungai Besi rasanya. Yang atas tercatit tarikh 1 Jun 1966 dan yang bawah tercatit 1 Jan 1966. Dah 45 tahun usia kad ni. Masih hidup lagi ke pemilik kad ni tak tau la...
Ok la buat kali ni. Sama2 la kita layan N3 yang tak seberapa ni....
Ahad, 6 Februari 2011
Lesen bawak penumpang dan barang
Tapi barang/lesen ni nak best lagi kalu dapat ngan lesen kertas nya sekali. Baru la komplet, tapi tak pa la..tak dak pun kira ok gak ni...Kat lesen tu ada tulih Negeri2 Tanah Melayu.
Ini lesen untuk bawak teksi.
Ini pulak lesen untuk bawak kenderaan berat.
Kira bertuah la saya dapat barang/lesen ni. Dah lama gak dok cari benda ni, baru la ni berjumpak ngan benda ni...Memang best buat koleksi peribadi ni....
Ok la buat kali ni...mari lah kita sama2 melayannya yer...
Jumaat, 28 Januari 2011
Koleksi komik lama 2
Jumaat, 14 Januari 2011
Mug bola Milo
Ini adalah yang kaler putih/hitam...kat ataih kaler hitam tu ada tulih Milo.Rabu, 12 Januari 2011
Syiling kenangan binatang terancam
Isnin, 10 Januari 2011
Koleksi komik lama 1
Tajuk komik : Siri penyiasatan gila, Awang Pong. Keluaran : Penerbitan Media Seni. Pelukis : Man Hassan. Tahun keluaran : 1984. Harga : 70 sen. Selasa, 14 Disember 2010
Setem kenangan baharu Upin & Ipin

Lembaran mini yang begitu menawan
Lembaran mini menunjukkan Kak Ros sedang bermain bayang bayang

Dibawah adalah 6 keping poskad (1 set) permainan tradional itu.

Permainan congkak

Permainan batu seremban

Permainan talipon tin
Permainan galah panjang
Permainan perang perang
Permainan konda kondiDemikianlah serba sedikit tentang setem kenangan baharu yang dikeluarkan sempena minggu setem 2010. Kepada sahabat sahabat yang berminat dalam koleksi setem ini, masih sempat lagi untuk mendapatkannya di Berjaya Times Square, Bukit Bintang.









